FOMEMA CENTRE

HOME
INTRODUCTION
MEDICAL EXAMINATION
SYSTEM
REGISTRATION PROCEDURES
FREQUENTLY ASKED
QUESTIONS
HIGHLIGHTS

NOTICES
CONTACT US

PUBLIC SERVICES

MEDICAL
EXAMINATION
RESULT

DOCTOR AVAILABILITY

PRE-REGISTER

CUSTOMER
SERVICES

FOR TRANSMISSION

MEDICAL EXAMINATION RESULTS TRANSMISSION SYSTEM (MERTS)

Lot G1-G10, Level 3, Block G (Central), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur  Tel: 03-2094-6188  Fax: 03-2092-5610
 

click here for English version

NOTIS PENTING
 
TEMPOH UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN

Majikan disarankan untuk membuat pendaftaran pemeriksaan kesihatan di Fomema seawal-awalnya dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh tamat permit bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah kelewatan.

 
PEMILIHAN DOKTOR
Pemilihan doktor untuk pemeriksaan perubatan pekerja asing adalah tanggungjawab dan keputusan majikan.
Sila rujuk kepada senarai doktor seperti yang tertera di papan kenyataan di sini untuk membuat pemilihan.
Kakitangan di pejabat Fomema tidak bertanggungjawab dalam pemilihan doktor.
 
PASPORT BAGI TUJUAN PENGESAHAN IDENTITI

Setiap pekerja asing diminta membawa pasport bagi tujuan pengesahan pengenalan diri oleh doktor dan X-ray klinik sebelum pemeriksaan kesihatan dijalankan.

 
PEMERIKSAAN X-RAY

Pekerja asing hanya dibenarkan untuk menjalani pemeriksaan X-ray setelah pemeriksaan fizikal dilakukan oleh Doktor.

 
MAJIKAN YANG MEMPUNYAI RAMAI BILANGAN PEKERJA ASING

Doktor hanya dibenarkan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan yang terhad setiap hari. Oleh itu, majikan yang mempunyai ramai bilangan pekerja asing diminta untuk membuat temujanji dengan doktor/pusat X-ray untuk menjadualkan pemeriksaan kesihatan pekerja asing mereka.

 
KUOTA DOKTOR
Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan supaya pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh setiap klinik ke atas pekerja asing dihadkan kepada 500 orang setahun bagi memastikan setiap klinik pembahagian yang adil.
Klinik yang telah memenuhi had kuota akan digugurkan dari senarai dan tidak dibenarkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pekerja asing bagi tahun yang sama.
Rayuan perlu dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan melalui Fomema sekiranya terdapat majikan yang ingin menghantar pekerja asing ke klinik-klinik tersebut.
Keputusan rayuan adalah ditangan pihak Kementerian Kesihatan dan bukannya Fomema.
 
PENGHANTARAN STATUS KESIHATAN PEKERJA

Status keputusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing akan dihantar ke Jabatan Imigresen secara elektronik dalam tempoh masa 10 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan kesihatan dijalankan.

 
STATUS PEMERIKSAAN KESIHATAN PEKERJA ASING DI JABATAN IMIGRESEN
Maklumat status keputusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing yang dihantar oleh Fomema hanya akan disimpan di pangkalan data Jabatan Imigresen selama 3 bulan dari tarikh pemeriksaan kesihatan.
 
 
  © Copyright 2003-2006 Pantai Fomema & Systems Sdn Bhd. All Rights Reserved. Designed by Nepiege & Corleone